Entah kenapa , walaupun gembira tapi mama mula konfius (my problem selalu konfius...) nak pergi ke tak kalau dapat..Camna kalau mama dapat tawaran dari tempat lain? Nak buat solat Istikarah tak boleh..So apa yang boleh mama buat? Bila macam ni mama teringat masa tahun 2009, mama dapat 2 tawaran guru sandaran, tapi mama tersilap pilih, so mungkin sebab tu mama tak dapat mengajar tahun 2010...
"Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib."
"Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya." (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

pada ppendapat saya kan min..
ReplyDeleteada baiknya min terima tawaran ni.satu dekat dgn umah,lagipun satu perjalanan ke opis hubby kan..
satu lagi,guru ni setengah hari.stress pun dgn perangai bebudak.tapi tidaklah smpi kene kerja lebih masa.
lagi satu,andai min ada rezki lagi nanti,senang nak uruskan masa anak (insyaallah)..sbb tu saya lagi prefer kalu jadi cikgu berbanding keje opis.
ni pendapat saya.mudahan min dapat buat keputusan yang lebih baik k?
Betul gak kata ashra...
ReplyDeleteLagipun pompuan ni lembut hati, senang mendidik.
Plus u have experience in it.
Tapi keje mana2 pun sama jer. Semua ada masalah n tekanan masing2 plus bergantung ngan kesesuaian kita gak...
Insya Allah mintak petunjuk dariNya n itulah pilihan yang terbaik.
Kalau nak pikirkan kalau, tak kemana jadinya...
Macam min kata kalau ambik n dapat yg lain.
How bout kalau tak ambek n xde other offer plak?
So, jut grab peluang yg ada insya Allah.
Sekali apply dah dapat, bertuah la sangat... Alhamdulillah.
Apa pun, all d best k dear...
Plus, dekat ngan rumah dah kan... Memudahkan insya Allah
ReplyDeleteapa2 pun pilihan kak min.. fkirkan yang terbaik untuk kak min.. Saya doakan agar segala urusan kak min di permudahkan..amin
ReplyDeleteGood luck Min!
ReplyDeleteThanks kengkawan semua...
ReplyDeleteJumaat pagi min dapat dah call dari ppd suruh ambik surat lantikan...Ingatkan hari isnin lapor diri dan start keje, rupa2nya hari jumaat tu jugak lapor diri dan terus start keje...Mengajar budak2 tahun 1&2...