Tuesday, 12 July 2011

Kejadian Manusia di Alam Rahim


Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu Malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya; 
~ apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, Malaikat bertanya: 
- "Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? 
- Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak?
- Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? 
Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seorang anak, Malaikat bertanya lagi:
- "Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?" (setelah Malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya."  


(sumber : http://www.islam.gov.my/e-hadith)


Keguguran Dan Cara Mengurus

Tarikh: 
 Jul 31, 2010
Riwayat: 
 Riwayat Abu daud dan at-Tirmidzi
Kategori: 
 Ibadah
Hadith: 
Sabda Rasulullah s.a.w:Anak yang mati keguguran disolatkan dan didoakan bagi kedua orang tuanya agar memperolehi keampunan dan rahmat.
Huraian Hadith: 
1. Sekiranya berlaku keguguran dan bayi yang meninggal telah berumur 120 hari (4 bulan), maka ia perlu diperlakukan seperti mengurus jenazah biasa.
2. Dalam menguruskan jenazah kita hendaklah mengikut cara-cara yang sesuai dengan syariat Islam iaitu memandikannya, mengafankannya, solat dan menguburkan. Tetapi bagi bayi yang keguguran, jika tidak dapat dimandikan, cukuplah dengan mengafankan, solat dan menguburkan sahaja.
3. Manakala doa yang dibaca dalam solat jenazah itu ialah doa untuk kedua ibu bapa bayi yang meninggal itu bukan untuk bayi yang meninggal itu sendiri.

(sumber : http://www.islam.gov.my/e-hadith )

No comments:

Post a Comment