Monday, 3 July 2023

I'm Back

 Lama sungguh tidak menjenguk di sini..Setelah melihat kepada post lama, adalah lebih kurang hampir 12 tahun menyepi dari dunia blog..Hanya menyepi di dunia blog, tetapi bukan lah menyepi di dunia maya...keran FB telah byk menggantikan blog..

Namun, tanpa ku sedari, saat ini, malam ini, ku perlukan blog sebagai tempat meluah rasa..

Kalau dahulu banyak luahan rasa kesunyian kehilangan arwah Dhia Farhah, kesedihan kerana selalu terlepas peluang pekerjaan, namun kini lain pula cerita nya..

Ntah dari mana mahu mula...lain mula nya mahu di taip, lain pula yang tertaip..Terlalu banyak perkara bermain di minda, di hati...

Sunday, 6 October 2013

Adik Dhia Farhah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya rahmatNya saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yg telah diberi nama Muhammad Zhorif Aiman pada 20 September 2013.Semoga Muhammad Zhorif Aiman membesar dengan sihat sempurna, menjadi anak dan hambaNya yang soleh. Amin..


Sunday, 4 August 2013

Alahai..rasa bersalah nya hari ini...

Erm...sepanjang ramadhan  ini, dah 2 kali rasa bersalah sebab x kejut orang ...



1st hari ke berapa ntah, x perasan kakak ada mesej minta tolong kejut kan dia kalau bangun sahur...Yang min ni plak leh tak tgk henpon la malam tu..so tak perasan ada mesej tu...Sok nya dapat mesej "Laaa, naper ko x kejut cian anak2 aku x bersahur"..aduhai..luruh hati makdak baca mesej tu..sorry la anak2 sedara kesayangan ku...Maka since itu, ada mesej ke, takde mesej ke min akan call akak setiap pagi kejutkan sahur sementelah min ni since ramadhan blh dikatakan x tido malam atau kalau tdo pun at least kul 3 pagi dah bangun cari makanan...huhu...lapo awal dari orang...

Ermm..hari ni sekali lagi rasa bersalah..sebab nya? Sebaik jer azan subuh berkumandang, husband tersedar n cakap "Laaaa..x dan nak minum"...Terkedu min dengar...Yelah, selalu min akan kejut dia 2-3 kali semalam utk dia minum air, dan time terakhir min akan kejut dlm 5-10 minit b4 azan... Hari ni leh plak x kejut! Hadoiii..rasa bersalah tolll ngan ayat tu...sbb pe? Min dok pulun minum sehingga azan subuh (pasal min baru mun__ pas makan sahur..so, pulun minum nak ganti air yg dah termun__ tu) ... Ermm..tapi bila pikir balik, mgkn hari ni min tak 'berapa teringat' pasal hsbnd baru jer tdo kul 5 td, sblm tu rasanya dia x tdo pun sbb masa min bangun kul 3am td, dia tgh syok ngadap nasi, kul 4 siap min ajak kuar cari makanan yg min ingin..so, mgkn sbb tu tak 'terpikir' lak nak kejut minum..Tapi bagi pihak husband, mungkin dia dah terbiasa min sua air kat dia, sbb kalau malam hari keje, dia tdo awal, so min akan kejut dia dari kul 3 sampai azan dalam 2-3 kali kejut la, siap sua air suh minum...kena plak malam ni dia sama2 dok kat ruang tamu, td sama2 tgk citer sampai kul 5, so...ntah la..benda dah lepas..yang pasti puan min, jgn lupa ye, baki 3 hari puasa sediakan air utk di suakan kpd incik somi walaupun dia baru tdo kul 5...

*pengajaran hari ini dalam menjaga insan2 yang dikasihi...

Wednesday, 31 July 2013

Kak Engku Bidan Bersalin : Persediaan Penyusuan

Persediaan Penyusuan Sejak Lahir



Persediaan Ilmu

Kelas Penyusuan

Ramai beranggapan penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semulajadi. Hakikatnya, ia perlu dipelajari. Tanpa adanya ilmu yang mencukupi, dikhuatiri anda akan terkandas di pertengahan jalan nanti.

Jadi, ada baiknya anda menghadiri kelas penyusuan semasa hamil. Anda boleh memilih kelas penyusuan di hospital atau klinik kerajaan yang sering diadakan secara percuma. Anda juga boleh memilih kelas berbayar di mana kebanyakkannya dikendalikan oleh kaunselor laktasi bertauliah. Sebaik-baiknya hadir ke kelas berkenaan bersama-sama suami supaya dia pun turut memahami konsep penyusuan susu ibu. Apabila suami mempunyai kesedaran tentang kebaikan susu ibu, sudah tentu anda mendapat sokongan padu daripadanya.

Kumpul Maklumat

Cari sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan susu ibu. Hal ini penting agar anda faham konsep asas penyusuan iaitu semakin kerap payudara dikosongkan semakin banyak susu dihasilkan. Selain daripada itu menghadiri kelas, anda boleh menambah ilmu menerusi pelbagai sumber. Antaranya bahan bacaan bercetak, laman web, blog, forum dan sebagainya.

Nombor Telefon

Kaunselor laktasi sangat diperlukan sewaktu anda mengalami masalah berkaitan penyusuan susu ibu terutamanya pada hari-hari pertama selepas kelahiran bayi. Jadi, simpan nombor telefon kaunselor laktasi yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Dengan yang demikian, ia dapat memudahkan anda membuat rujukan apabila mengalami sebarang kelak.

Sertai Komuniti

Di Malaysia terdapat banyak komuniti susu ibu yang bermatlamat menyokong para ibu menyusu agar lebih yakin untuk menyusukan si manja. Sertailah komuniti atau forum penyusuan susu ibu supaya anda mendapat sokongan daripada rakan-rakan lain yang sama-sama menyertainya.

Persediaan Fizikal

Pemakanan Sihat

Apabila anda mengamalkan pemakanan sihat semasa hamil, ia membantu pembentukan kelenjar-kelenjar susu di dalam tisu-tisu tubuh. Lalu, memudahkan penghasilan dan pengaliran susu ibu sebaik bayi dilahirkan. Pada masa yang sama, pastikan keperluan kalsium dan protein dalam tubuh mencukupi.

Pilihan Hospital

Pilihlah hospital yang menyokong penyusuan susu ibu dan mesra ibu dan bayi. Sebelum melahirkan, berbincanglah dengan doktor yang memeriksa kehamilan tentang keinginan anda menyusukan bayi sebaik kelahirannya.

Peralatan Penyusuan

Persediaan peralatan penyusuan susu ibu adalah sangat penting di dalam memastikan anda dapat menyusukan bayi dengan lancar. Antaranya ialah pam payudara, coli penyusuan, pelapik payudara, bekas penyimpanan susu ibu, beg pendingin, pek ais, kain pelindung penyusuan, peti sejuk dan lain-lain.

Anda sangat digalakkan untuk membeli pam payudara sebelum bersalin yang bersesuaian dengan suasana tempat kerja. Sebaik-baiknya pilih pam bergred hospital. Oleh yang demikian, anda disyorkan mencuba dahulu pam tersebut sebelum membelinya. Selain itu, coli penyusuan dan pelapik payudara penting pada awal kelahiran kerana anda mungkin kerap mengalami kebocoran.

Peti sejuk juga merupakan peralatan penting yang anda perlu ada untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Hal ini kerana ia membantu memanjangkan jangka hayat susu ibu perahan.

Bekas penyimpanan susu ibu, beg pendingin dan pek ais juga perlu ada. Anda tidak dapat menjangka apa yang berlaku selepas kelahiran bayi. Mungkin anda atau bayi terpaksa ditahan di hospital atas komplikasi tertentu.

Kebersihan Puting

Bersihkan puting setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam untuk mencucinya. Namun, elakkan menyapu sabun di bahagian puting. Langkah ini sangat penting terutamanya di trimester terakhir kerana kolostrum sudah mulai terhasil. Jika tidak dibersihkan sebaik-baiknya, ia dikhuatiri tersumbat. Dalam pada itu, anda boleh juga menarik dan mengurut puting perlahan-lahan ataupun menyikat kedua-dua belah payudara menggunakan sikat secara perlahan-lahan.

Kenali Payudara

Anda perlu mengenali payudara sendiri! Perkara ini nampak remeh tetapi memberikan impak yang besar. Ia membolehkan anda mengetahui sama ada anda mempunyai puting tenggelam atau normal. Cara pemeriksaannya mudah dan boleh dilakukan ketika mandi. Tekan puting payudara dengan tapak tangan selama dua minit dan lepaskan. Jika puting kembali seperti biasa, bermakna payudara anda normal. Jika hampir seminit menunggu tiada apa-apa perubahan, itu bermakna anda mempunyai masalah puting tenggelam. Apabila sudah mengetahui masalah payudara, ia memudahkan anda penyelesaian awal agar lebih bersedia dengan segala kemungkinan yang ada.

Persediaan Emosi

Niat

Pasang niat dan mula berazam untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan sejak anda mula disahkan hamil. Setelah azam di tanam, jangan lupa untuk suburkannya dengan motivasi menerusi pembacaan, perkongsian pengalaman dan sebagainya. Dengan niat dan azam yang kuat, anda tidak mungkin mudah berputus asa. Segala rintangan dan dugaan pasti sanggup anda harungi jika niat dan azam diutamakan melebihi segala-galanya.

Berdoa

Sentiasa berdoa dipermudahkan proses perjalanan penyusuan anak anda. Dia suka mendengar doa hamba-Nya. Jadi, selalu dekatkan diri kepada Allah s.w.t. sesungguhnya Dia Maha Pemberi Rezeki yang bakal anak anda peroleh nanti iaitu susu ibu.

Sokongan

Kongsi niat anda untuk menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu bersama suami, ahli keluarga dan rakan-rakan. Nyatakan hasrat anda untuk mendapat sokongan daripada mereka terutamanya daripada pihak suami. Sokongan yang dimaksudkan bukan setakat bersetuju dengan keinginan anda mahu menyusukan bayi tetapi ia perlu lebih daripada itu.

Oleh itu, banyakkan berbincang tentang perancangan yang bakal dilakukan dan pada masa yang sama, bersama-sama lengkapkan ilmu agar semua sedar dengan peranan masing-masing dalam membantu anda menjayakan penyusuan susu ibu.

Yakin

Sentiasa berfikiran positif bahawa anda akan dapat menyusukan anak kelak. Yakinilah bahawa anda boleh menyusukan bayi sejurus selepas kelahirannya. Ingat, pengeluaran susu ibu adalah berasaskan konsep permintaan dan penawaran. Jadi, susukan bayi sekerap mungkin sebaik kelahirannya. Fahami juga bahawa pada awal kelahiran bayi hanya mendapat kolostrum. Selepas iu, susu ibu akan meningkat sedikit demi sedikit. Teruskan kekerapan menyusu dan sentiasa berfikiran positif bahawa susu anda cukup untuk keperluan anak.


Friday, 12 July 2013

Adab Mandikan Bayi Baru - Bayi - Pa Ma

Adab Mandikan Bayi Baru - Bayi - Pa Ma

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.



Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.



1.      Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang  suam.



2.      Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.



3.      Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.



4.      Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.



5.      Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.



6.      Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.



7.      Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.



8.      Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Dipetik daripada : http://pama.karangkraf.com/bayi/adab-mandikan-bayi-baru-1.181617

Wednesday, 10 July 2013

Cerita Petang 1 Ramadhan

1st nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramdhan, selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah2 yg lain...

Erm, kali nak citer kisah di petang Ramadhan...sepanjang hari dr pagi hingga ke asar takde la buat apa2, kunun2 nak rehat, nak simpan tenaga tuk masak n pi bazar ptg nanti...tgh2 prepare memasak, husband balik ajak pi bazar...katanya masak tu leh sambung jap lagi, lambat pi bazar kang abis plak apa yg mau di cari...hokey...betuiii gak tu ...

Maka berangkat la kami dgn kaki masing2 menuju bazar yg bukak pintu umah pun dah leh nampak...(cdg asal nak naik motor, tp gayat plak rasanya ngan perut besar ni kan)...so jalan kaki jer la.. rasanya jalan x sampai pun 200 meter,sekali pinggang udah mula bagi hint suh rehat, makanya cepat2 la balik umah...

So, apa jd ngan preparation masak tadi? hurmm..plan nak masak taucu ikan, hanya tinggal ikan goreng jer la...pastu makan ngan nasi goreng + air katira...itu jer la juadah berbuka hari pertama...