Tadi mama packing barang2 nak balik ipoh..Mama letak barang2 kat depan pintu keluar rumah, senang abah Dhia nak masukkan dalam keta pagi esok..Ingatkan opah dah tido tak nak tunjuk sgt kat opah yg mama nak balik ipoh terus walau pun mama dah bagi tau, risau opah kecik ati ... Tup tup adik mama balik dari keje, opah pun bangun nk bukak pintu maka ternampak lah barang2 mama yang dah selambak kat depan pintu..
Opah tanya mama..nak balik ipoh terus ke ni?Tak nak tunggu mak kat sini ke? (sayu jer bunyinya)
Mama cuma mampu jawab ha'ah, balik terus, dah lama sgt tinggalkan rumah sendiri, dari bln 4 lagi...Lagi pun cdg nak cari keje, kalau dok sini susah la..Opah cuba pujuk ajak mama dok kampung..Ntah la..susah mama nak cakap...Mama dgn abah Dhia ada byk planning nak buat sementelah Dhia takde...Mama nak kembali mcm sebelum mengandung, at least mgkn takde la terasa sgt mama ni dah 'kehilangan'...
Mama tak tau apa nak buat, apa nak cakap ngan opah...Mama serba salah..Tertanya2 dlm hari mama, adakah mama ini anak yang pentingkan diri sendiri? Tapi mama dah kawin, mama ada suami yg mama kena ikut cakapnya..Mama mmg kesian kat opah, tapi mama kesian juga kat abah Dhia hampir setiap hari abah Dhia sampai umah setelah pukul 8pm dalam keadaan letih sgt, kalau ada kes yang abah Dhia terlibat kena la kuar kul 4@5 pagi dari umah, risau mama..cmna pulak kalau kes tu memerlukan abah Dhia balik lewat malam? dan banyak kali abah Dhia kata nak tido ipoh sbb tak larat nak drive, tapi mama tak leh tido sorang, mama juga tak nak tido ngan orang lain , so dalam tak larat2 tu terpaksa jugak abah Dhia gagahkan diri tido balik kg jugak ......So, apalah pilihan yang mama ada.....
Memang opah pernah pujuk mama tinggal dgn dia kat kg, means pindah terus dok kat kg...Mslhnya abah Dhia tak mahu, tambah bila dia ada keje luar, susah...Bajet pun mau kena jaga jugak, kalau dok ipoh pegi keje naik moto takde mama risau sbb dekat n jimat sket..Tapi kalau berulang dari kampung, abah Dhia nak naik motor mama risau, opah pun tak bagi...Dah tu camna?
Mak min risaukan min bila dok sorang kat umah kot. Dia takut apa2 jadi kat anaknya bila rindukan baby...
ReplyDeleteInsya Allah pas seminggu dua min blk ipoh n can show to mama min that u r ok n can handle your life like before, insya Allah dia senang hati.
Sya pun pas abis pantang, nk g sabah. Gtau ayah suh antar g airport. Berubah terus muka n ask, dah nak balik kemaman ker.
Bila gtau nak g sabah, terus ok.
Mak ayah kita risaukan kita jer k...
Dulu kalau i nak g airport naik erl je. Now siap berantar berjemput.
So i think min balik je ipoh. Awal2 sure rindu sgt kenangan masa preg kat umah tu. Tapi min kena tunjukkan kat mama min yg min kuat n can handle it. So mama min dah tak risau sangat... Insya Allah.
Plus, tempat isteri kan disisi suaminya kan... :)
Min mmg nak keje ke nanti?
ReplyDeleteYup,insyaAllah memang min nak keje dan keje jugak...Ntahla,rasa cam x brp best kalau tak keje,thn lepas min tak terasa sgt sbb bajet simpanan masa min keje thn 2009 tu ada lagi,kena plk mengandung,blh tahan lagi (tapi ada sampai satu masa yg min x tahan jugak,tu yg min keje jugak masa bulan januari-mac,pastu berenti sbb x larat n x blh nk bagi komitmen)...Cuma mslhnya hati min teringin nak try keje pejabat,nk keje biasa2jer,sbb mls nk peningkan kepala~blh ke cam gitu? Hehe... sblm ni min ada pglmn jadi cikgu jer,kecuali masa keje januari -mac lepas dgb masa praktikal) ...
ReplyDeleteMak min tu mgkn jugak spt yg adli ckp,tp yg sebenarnya mak sunyi, abah min kan baru meninggal sebulan yg lepas (masa tu min ada kat kg,so mak tak terasa sgt), tu yg buat mak min rasa sunyi sgt2 tu... Min pun serba salah...