Thursday, 23 June 2011

Sesungguhnya ajal itu pasti.

Tadi petang pertama kali min mengurut sejak berpantang  nih (kiranya hari ke 33 berpantang baru ngurut)..
Min dah biasa dah ngan akak ni, mmg ramah sangat orang nya...kelakar pun ye, jenuh min kena pegang perut pasal dok gelak memanjang sepanjang mengurut dengan dia (min kenal akak ni melalui kakak ipar, dia selalu ngurut kakak ipar, tup tup dia kenal ramai keluarga sblh mak sebab tmpt asal yang sama, so mmg ramah dgn mak n kebetulan dia pernah bekerja ngan suami mak sedara min bertambah-tambah ramah ler dier nyer..)...Kebetulan masa mengurut tadi mak dan mak sedara min pun ada, so diorang pun tumpang sekaki lah mengurut ngan akak ni...

Mula-mula dia urut min, pastu mak min pastu mak sedara min....Masa dia urut mak sedara min, mak min cakap lah kat dia.."kawan makcik takde dah.."(maksud mak min abah min lah)..Dia terkejut, spontan dia kata " Udah tinggal sorang2 ye.." dan tanpa disangka-sangka air mata mak min mengalir..Aduh, part ini min tak gemo (tak suka)..min ni lemah bila tgk orang menangis apatah lagi kalau orang yang min sayang..tapi min tak salahkan akak tu, dia mungkin tak berniat nak sentuh hati mak, cuma dah mulut dia camtu..selalunya mak min ni agak cool, tapi ntah kenapa touching lebih hari ni..Mungkin pasal dia baru balik dari ziarah keluarga mertua kakak min di penang sebab mak mertua kakak min meninggal hari ni..Macam berturut-turut pulak...

Bila ingat balik dalam masa awal tahun ni dah berapa orang yang bersangkutan dengan family kami meninggal dunia..Mula-mula mak mertua kakak no.4, lepas tu nenek kakak ipar, next anak min, menyusul 9 hari abah min dan hari ni mak mertua kakak no.3...Ujian Allah semua ni kan? ...Apa yang berlaku (sakit, kemalangan dsb) hanyalah sebagai penyebab, kerana yang pasti kematian itu tetap menjengah apabila tiba waktunya, tidak awal sesaat, tidak lewat walau sesaat.....Berdoalah agar segala dosa kita diampunkan Tuhan, sentiasalah kita saling memaafkan, dan berharaplah pengakhiran hidup kita berkesudahan yang baik...


Doa Ringkas Selepas Solat :-


Maksudnya:


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

~Semoga kita semua tergolong dalam hambaNya yang soleh, amiinnn~

~ Wallahulam ~

p/s :- rindu kat abah..teringat mak cerita saat akhir abah bersama-sama mak berdoa semasa solat subuh walau pun abah tengah uzur..semoga arwah abah ditempatkan di kalangan para solihin...
Dhia Farhah? Miss u so much, sayang,  but mama tak risau 'kehidupan' anak mama di sana, sbb sayang memang dah jamin masuk syurga..So mama harap Dhia Farhah doakan mama ngan abah blh bersama Dhia Farhah di 'sana' nanti...Doakan kami jadi hambaNya yang soleh dan solehah..Tapi...(blh ke anak kita tu doakan utk kita?) Wallahulam...

2 comments:

  1. besar dugaan min tahun ni kan.semua tu kuasa allah.mudahan ayah min ditempatkan di sisi org yg soleh

    emm,samalah min.sy pun slalu doa moga arwah nur iman mdoakan kami.tah ye.tatau la ok ke tak.mudah2an je la kan.besar dugaan min tahun ni kan.semua tu kuasa allah.mudahan ayah min ditempatkan di sisi org yg soleh

    emm,samalah min.sy pun slalu doa moga arwah nur iman mdoakan kami.tah ye.tatau la ok ke tak.mudah2an je la kan.

    ReplyDelete
  2. Insyaallah min, anak2 kita akan mendoakan yang terbaik buat abah dan ibunya.Banyakkan berdoa pada ALLAH semoga kita dapat bersama mereka di syurga firdausi nanti.

    ReplyDelete