Pagi-pagi lagi mama dapat call dari Klinik Kesihatan yang biasa mama buat chek-up tiap-tiap bulan semasa mengandungkan Dhia Farhah..Actually dah banyak kali dah pihak klinik tu call, tapi masih tak boleh bercakap ngan mama...Ermm, ntah la, asyik kebetulan time diorang call, mama tengah bz..kena pulak time tu minggu pertama mama dalam pantang ada jer orang datang umah...Last diorang call hujung bulan 5, lepas tu tak call dah..mama ingatkan diorang takde dah call, tup tup pagi tadi sister dari klinik tu call..Tanya mama ok ke tak?Boleh dah ke cerita apa yang berlaku?So, mama pun cakap ok lah..
Ermm..dah abis cerita ngan sister tu, dia pun make appoinment utk mama jumpa doktor di klinik kesihatan tu 6/7 ni untuk jumpa doktor..Ermm..agak2 apa doktor nak cakap ek selain kena buat pap smear?Mama harap doktor tu tak paksa mama buat family planning sebab masa mama jumpa doktor kat hospital hari tu, itulah yang doktor bagitau mama "6 minggu selepas bersalin, puan kena pergi ke klinik kesihatan berhampiran untuk membuat ujian pap smear dan berbincang tentang perancangan keluarga ye.." Huh! Kirim salam la kalau nak bincang pasal perancangan keluarga...Dah la nak dapat Dhia Farhah pon susah, ni nak suruh rancang, apa citer?
Tapi actually mama puji sikap sister yang call mama tadi, nama nya sister Noren..Sangat bertimbang rasa, mama rasakan sister tu memahami perasaan mama..Dia takde sebut pun pasal perancangan keluarga, tapi dia sebut kat klinik tu ada sesi pra kehamilan "Kami akan chek la BP bakal ibu, berat badan dan kesihatan bakal ibu, adakah bakal ibu itu telah bersedia untuk kehamilan yang seterusnya.." Kan best kalau semua staf kesihatan cakap macam ni..Cakap la ayat-ayat yang positif sikit, ayat-ayat yang menyedapkan hati sikit walau pun hakikatnya tak sesedap mana pun realitinya...Walaupun mama tahu, mereka kena bagi nasihat pada ibu yang telah menjalani pembedahan caeseran supaya merancang kehamilan seterusnya sekurang-kurangnya 2-3 tahun namun cara penyampaian perlulah lebih berhemah terutama apabila berhadapan patient macam mama ni, patient IUD...
Ermm..mama teringat masa mama dalam hospital, 12//5 mama di scan oleh seorang doktor pakar melayu perempuan ; bagi menentukan placenta mama type 3 or 4..dan seterusnya menetapkan tarikh utk czer..Bab tu maam ok jer, yang mama tak berkenan dan buat mama tersentak sampaikan mama jadi pemurung seketika bila doktor tu bagitau "Nanti puan bagi tau suami datang ke sini, kami akan terangkan lah risiko pembedahan ini kerana ada risiko kena buang r***m..." Eiiiii..geramnya mama!!! Masa patient sebelah katil mama pun dia dah dok cakap camtu, cakap sekali dah la, ini dok ulang2 macam kami ni tak paham!!! Mama ingatkan besar sgt lah risiko tu, bila mama refer pada doktor lain risiko tu ada, tapi 1/1000 kes sahaja!!! Tu yang buat mama lagi geram!!! Dah la tension kena tahan kat wad lama-lama...Tension takut kena bedah lagi...mam akui tugas mereka memberitahu segala risiko yang patient akan hadapi..Tapi please la, cakap biar berlapik, dah patient tu dah la sakit, ni bukannya doktor tolong kurangkan 'kesakitan' bahkan menambah 'kesakitan' dengan kesakitan emosi pulak..Ada ke patut?
Aduhai para staf2 hospital sekalian, perlukan patient anda menceritakan kelancangan mulut anda di dada surat khabar?Agar supaya anda lebih mengerti untuk menjadi manusia yang lebih bertimbang rasa dalam berkata-kata? Saboooooo jer lah...
Hurm... Tul tu. Doc mmg cakap lepas kan. X jaga hati langsung.
ReplyDeleteMasa my time, morning masa doc visiting time, dia bole datang cakap yg diorang x expect i will deliver so x prepair much. Bengong tak.
Kalau expected maybe will refer hosp besar or what so ever. Bengong.
Dah tu doc tanya gak pasal perancang, i cakap i wont do anything... Dia x kata apa pun. Tapi bagi min, sbb kena operate, rasa paling kurang tunggu 6bln kot. Xde masalah sangat pun kalau preg. Cuma doc akan operare awal je nanti dlm 36weeks rasanya. Sbb kalau biar besar lagi, takut luka lama terkoyak.
Sya pun xnak wat any planning coz dekat 4thn bru bole mengandung kan. Reading post yg b4 this one, rupanya kalau penah d&c bole naikkan kebarangkalian deliver awal ek?
Setahun b4 preg sya penah kena d&c sbb unstop bleeding. Bila check ada macam ketumbuahan. Cyst tak silap... Hurmmmm..
Apa pun harap n doaaaa sangat2 kita ni diberi peluang jadi mummy kat dunia ni kan... Insya Allah.
Apa sekalipun, min kena sembuh tubuh badan serta emosi b4 pregnant lagi k... Kalau badan n otak tak stabil, tak relax, pikir macam2 pun kesian kat baby turut tertekan kan...
Apa pun, min do take good care k...
Recover fast~
Insyaallah Min akan berpeluang untuk jadi mama sekali lagi.Banyakkan Doa dan jaga kesihatan baik2 ok.Doktor manusia biasa, ALLAH lebih berkuasa, kalau tak silap kak yana, ada kawan Min dlm blog nie yg dah preggy after 5 months kehilangan anak dia kan?
ReplyDeletekak yana hari tu pun, nurse KK ada cakap"awak tunggulah setahun dulu, baru pregnant balik".laju jer kak yana jawab balik, "eh, ye ke.sume staff nurse even pakar kat hospital pun suruh saya pregnant terus, takyah planning2 nie".pas dengar tu jer, nurse tu kata oklah, luka awak pun tak banyak kan.takyah merancanglah.
akak doakan kita semua(mama, ibu yang punya 'bidadari di syurga' nie akan cepat dikurniakan cahayamata lagi.bukan sebagai ganti anak2 kita yg telah pergi(kerana mereka punya tempat yg istimewa dihati kita)tapi sebagai pengubat rindu kita pada mereka.AMIN....
Adlilatun Nur : emm..better pasni mengandung jer kena standby la kat hospital yang lengkap atau hampir lengkap kemudahannya..Mcm min pun kemungkinan besar kalau kat ipoh ni memang kena pegi hospital besar, sebab hanya kat situ ada bekalan darah paling banyak kat perak ni...Hospital swasta pun bila ada kes berat terus hantar ke hospital besar, so nmpk gayanya nak tak nak kena terus sabooo jer lah ngan layanan diorg2 ni..Harap rezeki min pasni lebih baik...
ReplyDeleteNak pregnent balik tu kalau ikut kata doktor hospital besar at least 1 tahun (hanya 1 doktor jer yg ckp cmtu, sib baik yg cakap tu pakar konsultant, doktor lain semua ckp 2-3 tahun)..Min doa dan harap sgt prenancy kedua dan seterusnya min bersalin normal..
Pasal d&c boleh menaikkan kebarangkalian deliver awal tu hanya teori shj..apa pun semua tu bergantung jugak..Mengandung ni tak semestinya sama keadaan ibu semasa mengandung dan melahirkan walaupun dah mempunyai 5 orang anak (kata orang yg telah mempunyai 6 orang anak)..So setiap kali mengandung mmg kena berjaga sungguh n bertawakal...Semoga kita semua diberi keizinanNya utk merasai nikmat menjadi ibu di dunia, merasai nikmat melahirkan anak-anak yg sehat sempurna serta membesarkan mereka...Amiiinnn...
zuliana abd rahman : thanks kak Yana...Semoga kita semua akan cepat dikurniakan zuriat yang seterusnya dalam masa terdekat...Aminn...
Kak min: Terima kasih sebab bg semangat kat kyesha.. mula2 memang susah nak terima.. lepas kyesha baca soma blog mama yg lain kyesha jadi semangat cuma.. time berpantang ne byk fikir dan mcm kyesha bukan dlm berpantang pula.. muka kyesha pucat lesu ja ne.. ntah la klu teringat kat arwah rasanya rindu sgt tp tk la smpi meratapi.. Alhamdulilah nasib baik kak min ada.. ada juga tempat nak meluah kan rasa hati yg gundah gulana ne.. terima kasih byk2 kak min..
ReplyDeleteSama-sama lah kita ye...Semua itu adalah pertolongan drpd Tuhan..Tuhan yang menemukan kita semua di sini supaya kita saling boleh bantu-membantu antara satu sama lain kerana kita pernah melalui situasi yang sama ~kehilangan cahaya mata yang dinanti-nantikan~
ReplyDeleteActually k.Min sendiri pun walau orang yg datang menziarahi k.min diorang cakap k.min nmpk tabah, tp itu hanya di mata kasar orang..Dalam hati hanya kita2 yang pernah melalui yang tahu apa sebenarnya dalam hati kita ni...Apapun bersama-samalah kita saling kuant-menguatkan semangat antara kita, dan bersama-samalah kita berdoa agar kita cepat dikurniakan zuriat yang seterusnya...
Kalau Kyesha ada apa2 nak share personally blh email k.min farhah251208@gmail.com ..If u need my fon no. k.min akan bagi melalu email..Sbb next week k.min akan kembali ke rumah sendiri di Ipoh, ada sedikit kesukaran nak online...
Ok..apa pun k.min doakan Kyesha cepat sembuh, jangan lupa jaga diri, jaga kesihatan..Lagi cepat sembuh, lagi cepat leh try (itulah penguat semangat k.min buat masa ni, nak sembuh cepat nk try cepat..hehe...)