Friday, 26 October 2012

~ Salam Aidiladha ~

Ermmmmmmmmmmm...............susah gak eh nak tulis entri...idea ada tapi tak tau nak start tulis camner...mengalahkan nak buat karangan time exam pulak...hadoiii....

1st Salam Aidiladha buat semua penganut agama Islam...Semoga anda semua dilimpahi rahmat Illahi sempena Aidiladha yang mulia ini...Bersama-sama kita mengenal erti pengorbanan di mana dalam kehidupan terlalu banyak pengorbanan yang perlu kita lakukan untuk meneruskan hidup...Cuma, semoga Allah membimbing kita untuk melakukan pengorbanan yang diredhai-Nya dan yang terbaik buat kita dan keluarga kita...

Alhamdulillah, hari ini min masih diberi kesempatan Allah untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama insan2 tersayang terutamanya incik suami tercinta (I Love U Darling)..Walaupun raya kali ini agak suram di hati lantaran kali pertama beraya tanpa emak tercinta, namun syukur Alhamdulillah, kehadiran abah dan emak mertua bersama-sama di hari raya ini sungguh bermakna rasanya, dapat mengubat sedikit hati yang suram...Apapun pastinya adik min yang paling terasakan...Kesian dia kena beraya sorang2...

"Maafkan Kak Chik kerana tak dapat menemani kamu beraya pada kali ini (harap kamu memahami...) Lantaran itu, Kak Chik berdoa agar kamu dan tunang disatukan dalam ikatan yang sah sebelum Hari Raya yang akan datang agar kamu tidak kesepian keseorangan lagi...Walau pun ada teman hidup, namun kesepian hati tetap terasa tanpa emak di sisi...Cuma sekurang2nya adanya teman hidup dapat kamu berkongsi rasa hati...Semoga si dia menyayangidan membahagiakan  kamu sehingga ke akhir hayat kamu..."

"Buat Dhia Farhah...tadi mak dah menziarahi rumah kecil mu..nampaknya tanah kat kawasan tu agak longgar , namun Alhamdulillah, rumah kecil mu masih utuh di situ... sungguh indah...tidak sia-sia tok wan Dhia binakan rumah kecil itu...Dhia sayang, mak doakan Dhia bahagia dan gembira di sana...Mak tetap berdoa walau doa mak ni tak seberapa berbanding diri mu yang telah comfirm menjadi bidadari syurga, namun hati ibumu ini tetap sentiasa mengingatkan kamu, sentiasa merinduimu...Dan, mak di sini masih menunggu kehadiran adik-adik kamu, insyaAllah ...
pinjam dr incik Google ; sila besarkan untuk
mendapat doa yg dinyatakan

~Anak...boleh menjadi saham syurga dan boleh menjadi saham neraka buat orang tuanya...semoga adik-adik Dhia membesar dengan sihat sempurna menjadi anak soleh solehah menjadi saham syurga buat mak dan abah...~

4 comments:

  1. Salam aidiladha min...
    Insyaallah.....saham syurga pastinya da sorang kan.amin...

    Eh..hehe.lagu graduation tu kan,tu lagu kenangan geng geng saya gaks.

    Btw,thanks min pendapat min dalam komen baru ni..hehe.suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry Ash, lambat reply...Hurmm, thanks 4 komen...Min pun gembira krn Ash suka ngan komen min tu, dan itu sbnrnya dr hati min...

      Delete
  2. Salam min.ada baca kat forum about bidan kat ipoh yg min mengurut..ada x contact no.sbb nxt month InsyaAllah due.me myself..stay kat rapat setia ipoh.tq in adv min-dura

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry Dura, lambat reply...Contact no ada, blh email min di farhah251208@gmail.com (sbb tak berani nak publish no.fon dia kat sini tanpa izin dia..)

      Delete