Ermmm...nampak macam ketinggalan la pulak min ni kan, movie dah berzaman baru berpeluang menontonnya malam kelmarin selepas di download daripada sebuah blog...Actually dah lama teringin nak tengok movie ni, tapi tak berkesempatan...
Synopsis Aku Tak Bodoh
Mengisahkan perihal remaja yang bernama Roy, berusia 16 tahun dalam menghadapi liku-liku hidupnya yang sentiasa diikat dengan prinsip ibu bapanya. Bapa Roy, seorang pengaturcara computer, percaya bahawa melalui kritikan anak-anaknya akan menjadi seorang yang berjaya.
Ibu Roy pula seorang editor majalah yang sering sibuk dan tidak mempunyai masa lapang untuk anak-anaknya. Ibunya lebih mengharapkan suaminya untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka.
Lantaran sikap ibubapanya yang gemar mengkritik dan tidak menghargai dirinya, Roy mula berkawan dengan remaja-remaja nakal di mana bersama mereka Roy mula berasa dirinya benar-benar dihargai. Adik Roy, Jefri, berusia 8 tahun juga tersepit di dalam dunia ciptaannya sendiri kerana tiada siapa yang mempedulikan dirinya.
Keadaan menjadi lebih kritikal apabila Roy dan Jefri sudah berani melakukan jenayah yang menyebabkan ibubapa mereka terlalu marah dan bertindak memukul mereka. Ini menyebabkan Roy menjadi lebih liar dan sukar untuk di kawal lagi.
Namun, segala-galanya berubah apabila Ibubapa Roy terbaca blog hasil nukilan Roy mengenai kisah hidupnya. Mereka juga tersentak dengan pengakuan anak bongsu mereka, Jefri yang sebenarnya mempunyai motif sendiri ketika bergelut dengan keadaan sekelilingnya tanpa kehadiran ibubapanya. Apa akan terjadi pada keluarga ini seterusnya? Bahagia atau kehancuran yang bakal mereka tempuhi?

So, kat sini Min nak share lah apa yang Min dapat dari movie ni...Movie yang penuh dengan value yang MESTI ditonton oleh para ibubapa, bakal ibu bapa, para guru, dan juga bakal2 guru...Sebab apa? Ada masalah sosial para pelajar yang sebenarnya mungkin berpunca daripada SIKAP ibu bapa dan juga guru...
Adakah anda tergolong daripada golongan ini? Untuk menegtahuinya, sila lah tonton movie ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas...Apapun 5 star plus plus diberikan kepada yang menggarap cerita yang penuh dengan nilai yang boleh dipelajari...Semoga banyak lagi movie seperti ini akan muncul pada hari2 mendatang yang penuh dengan cabaran demi membentu pelapis negara yang berkualiti...
~Aku Tak Bodoh the movie~
No comments:
Post a Comment