Petua Untuk Memujuk Orang Lelaki
(dari http://www.facebook.com/notes/ensaiklopedia-petua-melayu-lama/petua-untuk-memujuk-orang-lelaki/268542853181184 )
Berikan lelaki ruang untuk bersendirian - Bila seorang lelaki merajuk, bererti dia memerlukan ruang untuk bersendiri. Dalam erti kata lain, ingin mencari ketenangan fikiran. Bersendirian membolehkan lelaki mencari punca masalah dan cara mengatasinya. Lelaki akan mencari semua pilihan penyelesaian yang ada untuk mengatasi perkara yang merunsingkan fikiran. Jadi anda kenalah beri ruang untuk lelaki
Sentiasa memberikan lelaki sokongan - Jika anda lihat dia sedang berdiam diri sambil menghadap televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan saja. Jangan tukar rancangan yang dia sedang tonton ke rancangan yang anda gemari. Biarkan dia dengan dunianya. Biarpun pada pandangan kasar dia seperti menonton tv, hakikatnya dalam diam akal fikiran lelaki sedang berfikir dan mencari jawapan terhadap apa yang merunsingkan fikirannya. Apa yang terbaik ialah anda tunjukkan kasih sayang anda pada masa ini. Biarkan dan hormat apa lelaki sedang lakukan. Semakin anda fahami dan tidak mengganggu lelaki, semakin cepatlah hilang merajuknya.
Jangan banyak bertanya - Di kala lelaki sedang merajuk, jangan cuba menunjukkan anda simpati dan ingin tahu apa masalah lelaki. Jangan bertanyakan soalan-soalan kenapa dan mengapa kepada lelaki. Anda hanya akan mengganggu lelaki dalam tumpuannya untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya anda degil, lelaki akan lebih menjauhkan diri dan tidak memberi respon.
Buat sesuatu yang dapat menggembirakan hati - Sementara lelaki sedang di dalam tempuh “merajuk”, iaitu fasa ingin bersendirian tanpa gangguan, cuba anda lakukan perkara-perkara yang dapat menggembirakan hati anda. Contohnya, membeli-belah bersama rakan-rakan atau keluarga, membaca novel kegemaran anda, menonton rancangan televisyen yang anda suka, memasak atau menjahit. Dengan berbuat sebegini, anda memberi kerjasama atau pertolongan secara tidak langsung terhadap lelaki yang anda sayangi itu. Sememangnya lelaki ketika itu ingin bersendirian dan tidak ingin diganggu.
Min pulak kalau incik somi merajuk buat ape ekkk? Tengah pikir jap? Hehe...
pasni ley la guna cara ni..tapi en suami chinta jarang merajuk...;)xhanks for the info..
ReplyDeletebagus ni.hehe
ReplyDeletetapi hubby saya jarang merajuk lah.kekadang tu tatau pun die terasa hati dari zaman bercinta smpi la skang ni..
Hehe...bagus betul petua2 ni..
ReplyDeleteTapi suami Fiqah pun jarang merajuk.
Yang selalu merajuk Fiqah lah..
Min, bole bagi email address Min tak. Min pernah tinggalkan komen kat blog Fiqah suruh email kat Min, tapi email address Min bagi tu mugkin ada silapla. TQ :))
Ash & Chinta : suami min pun jarang merajuk, yang bestnya kalau dia merajuk,min yang merajuk balik..Penyudahnay dia gak kena pujuk..Pastu mula la dia buat statement " Sapa yang merajuk sebenarnya nih? Ish, x abgi chan langsung orang nak merajuk"..hehe..nakal kan min ni?
ReplyDelete