Actually saya adalah budak baru belajar..kalau salah tolong tunjukkan...
Emmm...sebenarnya min ni konfius, boleh ke kita letak artikel dari blog atau web orang lain kat blog kita dan papar kannya? Tapi letak la laman web atau link blog yang kita pinjam tu..Boleh ke? Bukan apa, ada beberapa entri min buat camni sebab nanti senang nak rujuk balik, lagi satu boleh share ngan kengkawan yang lawat blog min...
Macam entri dari blog tok wan ni, memang ada button untuk share kat blog, kira memang dia nak kita share lah kan..Sebab nya min yakin, dia nak pembacanya memanjangkan ilmu yang ditulis di blognya, insyaAllah, tok wan tu akan menerima pahala hasil ilmu yang di kongsikannya...Seperti guru yang mengajar muridnya, kemudian muridnya mengajar kawannya, kemudian mungkin murid tu menjadi guru maka ilmu tu turun pada anak muridnya = bukan kah itu dah jadi ilmu yang bermanfaat dan memanfaatkan orang lain? Bukan kah itu termasuk dalam 3 perkara yang tidak akan terputus selepas meninggalnya seorang hamba Allah..Hal ini pernah disebut dalam hadis
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.[1] (dipinjam daripada www.darulkautsar.net)
Perkara yang kedua yang disebutkan oleh hadis ini ialah ilmu yang bermanfaat. Ilmu dipelajari oleh seseorang kemudian disebarkan dan diajarkan kepada orang lain yang mendapat faedah duniawi atau ukhrawi. Dengan cara ini, pahala orang yang mengamalkan ilmu yang diajarkannya juga diperolehinya tanpa mengurangkan pahala orang yang melakukannya.
Imam Ibn Majah mengemukakan sebuah riwayat:
عَنْ سَهْلِ بْنِ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الْعَامِلِ
Daripada Sahl bin Mu’az bin Anas daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajarkan satu ilmu maka dia memperolehi ganjaran pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan sedikitpun pahala orang yang melakukannya.”[4]
dipinjam daripada www.darulkautsar.net/
Apapun semua ni kena minta izin jugakkan? Ermmm...camna ek? Kadang2 dah tulis kat komen minta izin share, tapi jenuh la tunggu komen pun tak berbalas..Tapi macam tok wan tu memang bliau kata nak share...so camne?
Secara logiklah kan...
ReplyDeleteOrang menulis untuk berkongsi...
Rasa x salah kot melainkan dia ada stated dilarang ambil apa yg dia tulis (ni usually gosip n resepi pun ada gak nampak org naik angin bila org share tp x bgtau n x bg credit).
Kalau ilmu, rasanya ok je kot memanjangkan ilmu...
Apa lagi as u said ada button share. Tak kan dia suka2 nak letak kalau x bg share kan.
Maybe dia pun malas nak jawab ok each time org mintak share. Mau berjanggut laaa tunggu jawapan. Hehehe...
So cadangan i copy je n letak link tuan nya as well...
Kalau share tu using share button kat blog, dia akan tahu kita share apa dia tulis tu...
Insya Allah. And akan link dr blOg dia as well (i saw this kat blog kereta mayat, ada link trus p who shared his article)
Wallahualam....
Min, sharing is caring.Isyaallah jika sesuatu fakta atau ilmu yg bermanfaat utk dikongsi bersama, pahalanya akan mengalir buat penulisnya.Kita sekadar ingin berkongsi bersama teman-teman kita yg lain.Wallahualam...
ReplyDeletethanks sharing2.ye la kan,kadang2 bacaan kita tak sama.ada baik gak kalu apa kita baca share kan.
ReplyDeletetak kisah kot.kalu saya,saya tinggalkan komen,mintak izin pastu paste kat blog letak URL asal..hehe..halal la tu.hehehe
Adli, Kak Yana & Ash : Yup..min pun pikir camtu..Dan itulah yang min buat sekarang...Siap ngan link penulis asal min letak..Tapi ada gak penulis yang sudi reply "Boleh"..
ReplyDeleteApapun thanks kepada mereka2 yang sudi berkongsi ilmu..Semoga ilmu yang anda berikan bermanfaat dan pahalanya boleh dipanjangkan walaupun anda sudah tiada di dunia ini...Wallahualam... :)