Alhamdulillah, akhirnya terbina sudah teratak kecil buat buah hati mama ~Dhia Farhah~
Special thanks buat tok wan dan tok Dhia yang bersusah payah menguruskan semua ini.....
![]() |
| Batu Sungai - seperti kehendak mama Dhia... (cadangnya kalau tak buat kepung, mama nak susun batu sungai sekeliling pusara Dhia...) |
![]() |
| Dhia Farhah perginya pada hari Jumaat bersamaan 16 Jamadil Akhir 1432 / 20.05.2011 |
~Mama Sayang Dhia Farhah..Tunggu mama dan abah ye sayang kerana mama yakin kita pasti ketemu jua di 'sana' nanti~
Malam otw balik ke nibong punyalah rasa berdebar-debar (dok pikir camna lah reaksi mama nanti, tapi Alhamdulillah, Thanks Allah, give me perasaan yang tenang ~at least takde la nangis2 or sedih2..But bila balik umah, tengok gambar Dhia, tanpa paksa air mata mengalir lagi, namun ia hanya air mata kerinduan yang kadang kala menyapa tanpa ingatan yang tidak pernah pudar buat sayangku Dhia Farhah...
"Ya Tuhan, betapa hebatnya perasaan yang Engkau kurniakan..ku mohon Ya Allah kurniakan ku jua kekuatan daripadaMu untuk menghadapi kerinduan yang telah Engkau anugerahkan buat ku..."




suka sangat doa min kat bawah tu.mudahan sama2 kita ye..
ReplyDeleterasa cam sayu lak hati nak raya ni,nanti balik kg nak lawat kubur kecil itu...pasti jurai airmata...baru sekali lawat pas pantang aritu je..
min,
kitaorang pun nak buat nanti.tunggu akhir thn ni.PIL kata,bagi tanah ok sket...
ok je plak min buat awal kan.
Tacing.... cantik n sempurna pusara adik dhia...
ReplyDeleterina xsempat lg nak sempurnakan pusara fatiha... harap raya ni dapt balik kg sempurnakan pusaranya.. rina pn nk letak bt sg mcm tu... cantik...
i miss my baby too =(
Alhamdullilah, kemas dan cantik je pusara Baby Angel Dhia. Baby-baby kita sedang bermain bersama agaknya kan kawan-kawan. Mel pun rindu tak terhingga kat baby. Mudahan kita terus kuat, tabah dan syukur. Amin~
ReplyDeleteAsh : memang sstg org tunggu lama sebab nak bagi tanah kejap.. Actually haro tu dah memang tanah kat tepi pusara dhia tu macam turun sikit,tapi sblm bina pusara tu,tanah yang mendap tu dah ditambus... Erm,buat awal ni mungkin sbb nk raya kot,ntah la,min pun tak pernah tanya sbb semua FIL yang uruskan..
ReplyDeletePss;dekat ngan pusara dhia ada pusara comel nama nur iman juga,teringat pula kat nur iman ash...
Rina: takpa,pelan2...ada masa nanti buatlah,kejap jer.. Min pun rindu gak dhia farhah...
Mel : yup,mesti baby kita sedang bermain bersama kan? Dalam hadis ada sebut camtukan.. Ya Mel,semoga kita terus diberi kekuatan dan ketabahan...